Ahad, Mei 30, 2010

Kursus Fiber Optic Cable Testing Untuk FT17 PKG TRG


Seramai 11 orang Juruteknik Komputer (FT17) PKG Negeri Terengganu termasuk seorang dari BTPN Terengganu telah menghadiri Kursus Fiber Optic Cable Testing Untuk Juruteknik (FT17) PKG Negeri Terengganu di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kulim, Kedah pada 19 hingga 20 Mei 2010. Dua orang fasilitator daripada Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) iaitu En Mohd Nasir Bin Said dan En Kamal bin Nasir telah mengendalikan kursus selama dua hari itu. Selain memberikan pengenalan kepada fiber optic fasilitator juga telah memperkenalkan peralatan fiber optic kepada peserta kursus. Pada masa yang sama, peserta-peserta kursus telah dimaklumkan tentang jenis fiber optic serta kesesuaian penggunaannya. Langkah-langkah keselamatan semasa pemasangan fiber optic juga telah disentuh semasa kursus ini. Pada sesi akhir kursus, latihan amali (splicing/stripping/cleaving/protection) berserta ujilari fiber optic (testing optical fiber) telah dilakukan oleh kesemua peserta kursus.

Rabu, Mei 12, 2010