Selasa, Jun 22, 2010

PENGISIAN DATA INSTRUMEN SPPICTS KALI KEDUA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Berhubung dengan perkara diatas sukacita dimaklumkan bahawa pengisian kali kedua data Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah bermula pada :

Tarikh Pengisian : 20 Jun 2010 hingga 09 Julai 2010
URL : http://ssqs.moe.edu.my
: http://rnd.moe.edu.my/ssqs
: http://pnp.moe.edu.my

2. Kutipan data secara online dengan menggunakan sistem Pemantauan Penggunaan ICT (SPPICTS) akan digunakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan untuk dianalisa dan diproses sebagai laporan lengkap untuk dikemukakan kepada pihak Pengurusan tertinggi KPM.

3. Sehubungan itu sila pastikan data diisi mengikut masa kutipan yang telah ditetapkan. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat sila hubungi Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bukit Besi di talian 09-8337229/019-9850089.