Isnin, Disember 06, 2010

PESAKA SPARKLING ENGLISH CAMP 2010





KEM KOMANDEN : En. Roslan b. Rozali
PENOLONG KEM KOMANDEN : Pn Noor Zurina Zulkifli

DATE : 22TH OCTOBER 2010 ( FRIDAY )
DATE : 23TH OCTOBER 2010 ( SATURDAY )
VENUE : SK BUKIT BESI

Rabu, Oktober 06, 2010

PENGISIAN IQ PSS

Assaalamualaikum dan 1Malaysia

Merujuk kepada perkara di atas,hasil daripada pemantauan yang dibuat masih terdapat sekolah yang masih belum menyelesaikan pengisian IQPSS sebagaimana yang diwajibkan oleh KPM.

Sehubungan itu,PKG memohon pihak sekolah membuat pengisian tersebut sebelum 10 Oktober 2010.

Kerjasama dan komitmen tuan/puan amat dihargai.

Isnin, Julai 26, 2010

Saluran Baru : Astro Tutor TV saluran 100


"ASTRO TUTOR TV" SALURAN PENDIDIKAN BERMULA PADA 18 JULAI 2010 DAN AKAN TAMAT PADA 23 SEPTEMBER 2010. DIPANCARKAN MELALUI SALURAN 100.

SATU RANCANGAN YANG PADAT DENGAN PROGRAM BERBENTUK FORMAT ULANGKAJI INTERAKTIF BAGI MATAPELAJARAN UTAMA UPSR IAITU BAHASA MELAYU,BAHASA INGGERIS,MATEMATIK DAN SAINS

Rabu, Julai 21, 2010

PENARAFAN SEKOLAH SMART SCHOOL QUALIFICATIOB STANDARDS(SSQS) TAHUN 2010

PIHAK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA AKAN MELAKSANAKAN PENARAFAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) TAHUN 2010 BERMULA 19 JULAI 2010 HINGGA 30 OGOS 2010.

SEHUBUNGAN ITU,PIHAK SEKOLAH DIPOHON UNTUK MENGISI INSTRUMEN PENARAFAN SSQS SECARA ONLINE http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php
DALAM TEMPOH YANG TELAH DINYATAKAN DIATAS. SEKIRANYA TUAN MEMERLUKAN MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI BTPN TERENGGANU
(U.P EN MOHD APANDI OMAR BAKI,09-6277100).

SEKIAN TERIMA KASIH.

DOKUMENTASI SING A SONG COMPETITION- PESAKA SPARKLING ENGLISH

TARIKH : 14 JULAI 2010
TEMPAT : SK BUKIT BESI
PROGRAM : SING A SONG COMPETITION
PENGLIBATAN : PELAJAR PESAKA SPARKLING ENGLISH 2010

Selasa, Jun 22, 2010

PENGISIAN DATA INSTRUMEN SPPICTS KALI KEDUA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Berhubung dengan perkara diatas sukacita dimaklumkan bahawa pengisian kali kedua data Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah bermula pada :

Tarikh Pengisian : 20 Jun 2010 hingga 09 Julai 2010
URL : http://ssqs.moe.edu.my
: http://rnd.moe.edu.my/ssqs
: http://pnp.moe.edu.my

2. Kutipan data secara online dengan menggunakan sistem Pemantauan Penggunaan ICT (SPPICTS) akan digunakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan untuk dianalisa dan diproses sebagai laporan lengkap untuk dikemukakan kepada pihak Pengurusan tertinggi KPM.

3. Sehubungan itu sila pastikan data diisi mengikut masa kutipan yang telah ditetapkan. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat sila hubungi Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bukit Besi di talian 09-8337229/019-9850089.

Ahad, Mei 30, 2010

Kursus Fiber Optic Cable Testing Untuk FT17 PKG TRG


Seramai 11 orang Juruteknik Komputer (FT17) PKG Negeri Terengganu termasuk seorang dari BTPN Terengganu telah menghadiri Kursus Fiber Optic Cable Testing Untuk Juruteknik (FT17) PKG Negeri Terengganu di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kulim, Kedah pada 19 hingga 20 Mei 2010. Dua orang fasilitator daripada Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) iaitu En Mohd Nasir Bin Said dan En Kamal bin Nasir telah mengendalikan kursus selama dua hari itu. Selain memberikan pengenalan kepada fiber optic fasilitator juga telah memperkenalkan peralatan fiber optic kepada peserta kursus. Pada masa yang sama, peserta-peserta kursus telah dimaklumkan tentang jenis fiber optic serta kesesuaian penggunaannya. Langkah-langkah keselamatan semasa pemasangan fiber optic juga telah disentuh semasa kursus ini. Pada sesi akhir kursus, latihan amali (splicing/stripping/cleaving/protection) berserta ujilari fiber optic (testing optical fiber) telah dilakukan oleh kesemua peserta kursus.

Selasa, April 27, 2010

KURSUS PROFESIONALISME PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN DAERAH DUNGUN 2010





PADA 10 APRIL 2010
DI SM SAINS DUNGUN
PERASMIAN PENUTUP OLEH YB MATULIDI B JUSOH AHLI PARLIMEN DUNGUN

Ahad, April 25, 2010

PESAKA SPARKLING ENGLISH 2010





ALHAMDULILLAH DAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PESAKA TRG BHD,BELIA 4B BUKIT BESI,BTPN TRG,PPD DUNGUN,PKG BUKIT BESI DAN SK BUKIT BESI KERANA KELAS TUISYEN PSE TELAH DIJALANKAN PADA 21 APRIL 2010.TAHNIAH...










Isnin, April 19, 2010

AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN DI PKG BUKIT BESI

11/03/2010 MESYUARAT PSE 2010
25/03/2010 MESYUARAT PENGURUSAN PKG BUKIT BESI KALI PERTAMA 2010
7/04/2010 MESYUARAT PERBINCANGAN MODUL PSE
7/04/2010 TAKLIMAT HAKIM TILAWAH,HAFAZAN DAN BERCERITA KISAH AL QURAN
18/04/2010 TAKLIMAT PENYENGGARAAN PERALATAN ICT SEKOLAH

Rabu, April 14, 2010

PEMENANG PERTANDINGAN STORY TELLING PERINGKAT PKG BUKIT BESI THN 2010

TAHNIAH.....

JOHAN

SK DURIAN MAS 1
NUR ATHIRAH BT TALIB

NAIB JOHAN

SK DURIAN MAS 2
TUAN NAJWA AQILAH BT TUAN DANDAN

TEMPAT KE KETIGA

SK LADANG GAJAH MATI
NASIHIN SYAHINDAH BT SHAHARI

Ahad, April 11, 2010

PENTING

JADUAL BARU PENGISIAN DATA MAKLUMAT SPPICTS 2010
KUTIPAN 1/2010 (12 April – 9 Mei 2010)

1. 12 – 13 April 2010 2 Johor
2. 14 – 15 April 2010 2 Perak
3. 16 April 2010 1 Melaka & Perlis
4. 17 April 2010 1 Terbuka kepada semua negeri
5. 18 April 2010 1 Kelantan
6. 19 – 20 April 2010 2 Sabah
7. 21 – 23 April 2010 3 Sarawak
8. 24 April 2010 1 Terbuka kepada semua negeri
9. 25 – 26 April 2010 2 Kedah
10. 2 7 – 28 April 2010 2 Selangor
11. 2 9 April 2010 1 Negeri Sembilan
12. 3 0 April 2010 1 Pahang
13. 1 Mei 2010 1 Cuti Umum – Hari Pekerja
14. 2 Mei 2010 1 Terbuka kepada semua negeri
15. 3 Mei 2010 1 Pulau Pinang
16. 4 Mei 2010 1 Terengganu
17. 5 Mei 2010 1 WP Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
18. 6 – 9 Mei 2010 4 Terbuka kepada semua negeri yang terlewat

Catatan:
-Untuk mengelakkan kesesakan, dipohon semua PKG dan sekolah ikut jadual di atas semasa
mengisi data SPPICTS (melalui URL: http://ssqs.moe.edu.my atau http://pnp.moe.edu.my ).
-Pada 17 April (Sabtu), 24 April (Sabtu) dan 2 Jun (Ahad) terbuka kepada semua negeri.
-Pada 6 Mei (Khamis) hingga 9 Mei (Ahad) terbuka kepada semua negeri yang terlewat.
-Pastikan semua 8 bidang yang terlibat (iaitu: Capaian Internet, Pusat Akses Sekolah, Makmal Komputer, EduWebTV, Peralatan PPSMI, Perisian Kursus Pendidikan, ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran & Perkongsian Pintar) diisi dengan lengkap. Pengecualian di beri hanya kepada Pusat Akses Sekolah dan Perkongsian Pintar untuk sekolah yang tidak mempunyai bidang tersebut.

Khamis, April 08, 2010

TAHNIAH

Tahniah diucapkan kepada SK BUKIT BESI, SK PADANG PULUT,SK JONGOK BATU,SK LADANG GAJAH MATI DAN SMK JERANGAU kerana telah berjaya mengisi instrumen SPPICTS dengan lengkap 100%.

Selasa, April 06, 2010

Pelaksanaan Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Tuan/Puan yang dihormati,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pelaksanaan kutipan data Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah(SPPICTS) mengalami masalah teknikal. Langkah-langkah segera sedang
diambil untuk mengatasi masalah ini supaya aplikasi SPPICTS dapat
digunakan semula.

3. Pihak sekolah dinasihatkan supaya tidak
menggunakan atau mengemaskini data dalam aplikasi tersebut sementara
waktu. Kami akan mengumumkan semula apabila kerja-kerja tersebut
selesai.

maklumat diterima daripada:
Mohammad Yusof bin K Mohamad
Ketua Unit Data, Sektor Dasar
unitdata@moe.edu.my

JAWATAN KOSONG DI PKG TERENGGANU







Isnin, April 05, 2010

TAHNIAH

EN ABDUL RAZAK B MANSOR

PUSAT KEGIATAN GURU BUKIT BESI mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada EN ABDUL RAZAK B MANSOR (DGA 32) yang menerima kenaikan gred dan pangkat. Semoga dapat meneruskan legasi kecemerlangan perkhidmatan di mana jua ditempatkan.

Khamis, April 01, 2010

MESYUARAT PENGURUSAN PKG BUKIT BESI KALI PERTAMA 2010



PIHAK PKG BUKIT BESI MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG HADIR DAN MENJAYAKAN MESYUARAT PENGURUSAN PKG BUKIT BESI KALI PERTAMA 2010.

TURUT HADIR BERSAMA :

En Abdullah Mohammad
Unit Penyelia Penilaian Dan Peperiksaan
PPD Dungun

En Nize B Mohammad
Penolong Pengarah
Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan
BTPNT

En Azmi B Isa
Pegawai BTPNT

Khamis, Mac 25, 2010

MAKLUMAT ASTRO

SEMUA SEKOLAH AHLI PKG BUKIT BESI DIMINTA MENGHANTAR LAPORAN BERKENAAN TARIKH PENERIMAAN DAN PEMASANGAN ASTRO DI SEKOLAH MASING-MASING SEBELUM BULAN APRIL 2010. SEBARANG MASALAH SILA HUBUNGI PN ZURINA ATAU CIK HASNIDA DI TALIAN 09-8337229.TERIMA KASIH

Rabu, Mac 03, 2010

PEMANTAUAN PENGGUNAAN INISIATIF ICT SEKOLAH KPM

KUTIPAN DATA SECARA ONLINE DENGAN MENGGUNAKAN SISTEM PEMANTAUAN PENGGUNAAN ICT (SPPICTS) BAGI TAHUN INI AKAN DILAKSANAKAN SEBANYAK TIGA KALI SEPERTI BERIKUT:

1. 21 MAC HINGGA 09 APRIL 2010
2. 20 JUN HINGGA 09 JULAI 2010
3. 19 SEPTEMBER HINGGA 08 OKTOBER 2010

SEMUA SEKOLAH DIMINTA MENGEMASKINI MAKLUMAT PENGGUNAAN ICT TERSEBUT DALAM SPPICTS YANG BOLEH DILAYARI MELALUI URL : http://ssqs.moe.edu.my atau http://pnp.moe.edu.my HANYA PADA TARIKH DI ATAS SAHAJA. HARAP MAKLUM .TERIMA KASIH