PROFILE PKG

Pusat Kegiatan Guru Bukit Besi terletak di Bandar Bukit Besi, daerah Dungun. Ia berhampiran dengan bandar Al-Mukhtafi Billah Shah. PKG Bukit Besi adalah pkg berbangunan sendiri dan ia terletak bersebelahan SK Bukit Besi. Jarak dari PKG Bukit Besi ke PPD Dungun ialah 74 KM manakalan ke BTPN TRG ialah 198 KM.

Pusat Kegiatan Guru diurus oleh dua orang Pegawai Teknologi Pendidikan DGA32 dan DGA29 dibantu oleh seorang kerani N17 dan juruteknik FT17. Bagi menggerakkan keberkesanan penggunaan PKG Jawatankuasa Pengurusan PKG dibentuk yang terdiri daripada semua pengetua dan Guru Besar sekolah ahli untuk merancang aktiviti bagi meningkatkan profesionalisme guru-guru setempat.

PKG Bukit Besi menyediakan perkhidmatan kepada 20 buah sekolah ahli yang terdiri daripada 5 buah sekolah menengah dan 15 buah sekolah rendah.

JAWATANKUASA PENGURUSAN

Kearah memantapkan penggunaan Pusat Kegiatan Guru secara berkesan, Jawatankuasa Pengurusan dibantu oleh empat Jawatankuasa Kerja yang terdiri dari:

1. Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah.
Bekerjasama meningkatkan pengurusan dan penggunaan
PSS sekolah ahli.

Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti PSS
Memupuk budaya membaca.

Mewujudkan pakatan strategik dengan pelbagai agensi
yang relevan.

Memupuk semangat bantu membantu dan perkongsian
Sumber.




2. Jawatankuasa Kerja Teknologi Maklumat.
Mewujudkan kesedaran kepentingan teknologi maklumat
dalam pengajaran dan pembelajaran.

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam
penggunaan teknologi maklumat.

Mengintegrasikan teknologi maklumat dalam pengurusan
dan penggunaan PSS.






3. Jawatankuasa Kerja Latihan Dan Penghasilan

Merancang dan melaksanakan program peningkatan profesionalisme guru-guru sekolah ahli dan pembangunan
sumber PKG.

Menghasilkan kakitangan sumber yang diperlukan untuk latihan dan penghasilan bahan teknopen mengikut keperluan setempat.

Mengkaji laporan penilaian aktiviti bagi menentukan tindakan susulan.



4. Jawatankuasa Kerja Sosial Dan Kebajikan
Memberi peluang guru-guru menjalankan aktiviti secara formal dan informal dengan terancang.

Menggunakan kemudahan rekreasi dan bergotong-royong.

Mewujudkan hubungan dengan agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan pertubuhan sosial untuk kecemerlangan pendidikan setempat.

Merancang kepakaran daripada komuniti sekolah dan luar sekolah untuk mencapai matlamat PKG.